Thursday, February 24, 2011

dalam sebuah kampung,ada seorang gadis yang sangat cantik dan dia merupakan anak ketua kampung. satu hari, ketua kampung tersebut ingin mencari jodoh untuk anak nya.dengan syarat dia mahukan seorang lelaki yang berani. oleh itu, dia telah menyebarkan kepada seluruh penduduk kampung bahwa, sesiapa yang ingin menjadi menantunya haruslah menyebrangi kolam di belakang rumahnya yang penuh dengan buaya..pada hari yang dinantikan,ramai orang kampung berkumpul di kawasan kolam rumah nya,namun tidak ada seorangpun yang berani untuk menyahut cabarannya walaupun sebenarnya ramai yang ingin kan anak ketua kampung tersebut,disebabkan terlalu ramai orang yang datang untuk melihat keadaan kolam yang penuh dengan buaya itu.seorang pemuda yang berada paling hadapan sekali telah ditolak,dan tejatuh ke dalam kolam tersebut.pemuda itu dengan perasaan takut telah sedaya upaya untuk berenang menyelamatkan diri dan nisibnya baik kerana berjaya menyebrangi kolam tersebut. semua orang yang ada di situ bertepuk tangan dan ketua kampung tersebut mengucapkan tahniah kerana beliau akan menjadi menantunya. tiba2 lelaki itu bersuara dengan marah dan geram .. "saya tak peduli semua itu, yang saya perlu tahu ..siapa yang telah menolak saya tadi??..

No comments: